- Assalamualaikum... Bismillahirahmanirahim... Puasa,poce,pose... Berbagai sebutan tapi satu ibadah yang sama. Iaitu berpuasa dibulan ramadhan. Alhamdulillah,sujud syukur ke hadrat illahi atas kehendaknya masih mewujudkan kita lagi dibumi ini.. Puasa adalah ibadah yang wajib bagi umat islam. Ibadah ke3 yang dituntut dan diwajib dalam rukun islam selepas solat 5 waktu. Ibadah ini bukanlah masih baru,akan tetapi dah menjadi satu ibadah turun temurun. Bermula zaman Nabi dulu,hinggalah kini. Dan pada yang tahu. Kaum india juga berpuasa,yahudi juga. Tapi tidak sama seperti kita dan mengikut adat agama mereka sendiri.. Ibadah ini dizaman Nabi amat mulia,sahabat2 baginda mentaati sungguh ibadah puasa ni.. Sampai nak beperang pada era zaman perang azab pun mereka puasa. Perang tu beb,tapi mereka bukan makin lemah,tapi semakin kuat dan menang dalam peperangan. Walaupun kesemuanya berpuasa.. Bayangkan ditengah padang pasir,panas woo... Dengan puasa,habuk,nak taruh nyawa pulak. Kerna mereka taat pada Allah dan Nabi Muhammad Saw.. Mereka sanggup berpuasa dan berjuang demi Islam. (Diriwayatkan Atsar daripada Umar bin al-Khattab, katanya “Kami berperang bersama Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam pada bulan Ramadhan sebanyak dua kali, iaitu: Badr dan Fath. Lalu kami berbuka dalam kedua-dua peristiwa itu”. (Zaad Al-Maad 2/ 52) Kalo kita ntahlah... Hihihi... Satu lagi kisah yang begitu sedih sebelum hijrahnya umat islam dari kota mekah ke madinah. Nabi dan pengikutnya ditentang dan semua bekalan makanan,ekonomi disekat orang kafir.. Hinggakan mereka terpaksa berpuasa,berbuka puasa dengan makan rumput,daun kering,ranting kayu dan minum air sungai.. Sengsara sungguh mereka. Tapi mereka tetap amat taat pada Allah. (Hmm,kesihan mereka.. Jom sedekah Alfatiha dulu... Alfatiha).... Ianya belarutan sehinggalah Allah menyediakan jalan keluar,diwahyu kepada Nabi,supaya hijrah. Pabila behijrah ke madinah,mereka disambut baik dan dilayan sebaiknya oleh penduduk disana. (Wallahualam) Ya Allah,mulianya sifatmu tuhanku... Alhamdulillah Ya Allah... Terpanggilnya saya menulis karya tentang puasa ni adalah kerna ingin membongkar sikap2 orang kita yang silap dimasa puasa ni... Yang kita kadang sedar. Tapi buat tak taw ja. Nampak tapi tak ambik pott(tak ambil kisah) Saya amat besyukur kerna Allah mengilhamkan lagi sesuatu pada saya untuk perkongsian bersama.. Alhamdulillah Al-Mu'Min.. Okey come on,time to explore ur world baby... Bermula dari kecil lagi kita dah dididik ibubapa kita untuk berpuasa. Mesti anda ingat kan kenangan masa anda dalam umur setahun dua. Belajar puasa,dengan puasa yangyuk dulu,pukul 2 dah buka periuk.. Hihihi. Lepas tu naik 3 tahun. Ibubapa dah mula ajar,kalau puasa baru dapat duit raya. Tak puasa penuh tak dapat duit raya. Kita pun jenuh la tahan puasa dan puasa dengan kuat semata kerna duit raya. Saat itulah yang paling manis bagi saya. Dan takkan saya lupa,begitu juga anda kan?? So lah sweet gitu lor.. Hinggalah mencecah umur 17 tapi masih puasa berupah lagi. . Bila dah sweet 18,dah remaja tak bole dapat duit lagi. Awak kan dah besar.. Ditambah beban keluarga makin besar dan berat,ramai la ibubapa tak bole nak bagi duit raya lagi. Si anak pun cakap,takda duit raya takde semangat la nak puasa mak. Takda duit raya taknak puasa!! Jerit si anak.. Ha,kat sini dah mula nampak dah sedara. Mula2 kerna duit,takde duit diugut taknak puasa pulak. Waduh,gawat dong.. Lepas tu kawan2 kat luar ramai yang tak puasa. Salah bergaul,dia pun terpengaruhlah.. Kt luar rumah makan sakan dengan roti gardenia 60 sen tu,mee goreng mamak. Balik rumah punya berlakon puasa depan ibu. Ibu pun pujilah. Kuat anak ibu puasa,si ibu tak tahu rupanya. Anak kesayangan puasa tipu je. Kesian ibu. Tulah akibat kalo dah diajar dan dididik puasa kerna duit. Baiknya,dapat mendidik anak berpuasa,juga yang tak baiknya tu,puasa kerna duit raya,bukan kerna Allah semata mata... Subhallah.... Si anak remaja juga hebat.. Kawan ramai la katakan. Dah pandai melepak pusat2 snooker,rolex(perjudian komputer). Bulan puasa dah macam takda pape dah bro. Hisap rokok,makan roti dengan air coke... Meggi hotscup lah kesukaan dia.. Bagai raja diistana syurga.. Dah tak malu dah. Tanya kawan cinanya.. Lu tarak puasa ka?? Eh,puasa ma,sy sudah buka awal... Sy ada gastrix... Ha,nah engkau... Abes keluar fatwa sendiri... Nauzubillah... Tak kurang si gadis sunti kita.. Seperti yang kita tahu,gadis di excuse kan atas sebab period. Oklah kalau betul2 period... Tapi yang herannya. Dari awal sampai ujung puasa,takkan tak habis2... Keluar cari makan kat mcD je... Kfc... Pizza... (tempat yang top dibulan puasa). Muka semua cantik2,rambut karat marat. Yang muka mix mamak dan mat salleh la jadi mangsa tukang beli... Konon nak cover line takut kantoi... Memang jadi plannya,memang orang ingat dia student dari london dan india.. Tapi mereka lupa Allah sentiasa memandang sikap mereka diatas sana... Ya Rabbi.. Oh,Inikah bakal isteriku,dan ibu anak2 ku.... Golongan ayah2 yang 28 ke 38 juga tak terkecuali. Suruh anak bini puasa,tapi tengahari siap balik lunch lagi,ayah kerja teruk nak,tengah panas. Tuhan tahu ayah tak larat. Tu ayah tak puasa. Yang jadi mangsa,binilah,kena masak untuk suami,sedangkan bininya puasa. Tepaksa bininya,kerna sayangkan sisuami... Ya Allah inikah contoh ayah yang baik??? Abes menggi licin dibedalnya.. Tak respek langsung anak bini yang puasa!! Dimalaysia yang pelbagai kaum ni,puasa ke,raya ke,kelab2 sukan ni sah2 takkan tutup.. Kedai kekuda,tuto,magnumi.. (kedai number ekor). Disinilah uncle2,pakcik2,dan pelabur2 partime menuju untuk buat investment.. Dengan selamba,dan dengan muka letih dan bibir kering kerna puasa. Beratur dan oder. Amoi,5 besar 5 kecik ya... Dan begitulah seterusnya.. Balik singgah bazar beli juadah bebuka. Untuk anak dan bini... Ya Allah... Inikah amalan orang berpuasa???? Bercakap pulak pasal juadah bebuka ni,seperti yang kita lihat. Bulan puasa ni lah peniaga bikin duit raya... Ha mari2.. Kueh 3 biji Rm1.50.... Kita pun belilah,harga meletup. Kueh tah apa rasa,dengan saiz kecik. Inikah namanya peniagaan dalam islam??? Bang... Kak.... Ayam pun tak lalu nak makan la... Beniaga tu biarlah ikhlas.. Nak bagi orang puasa makan ni... Tapi bila yang sedap pulak.. Kita membeli fuh hebat... Bukan main banyak diborong bila ke bazar. Padahal nak makan bedua betiga je... Lepas buka terus throw in dalam tong sampah. Tak habis. Tong jugak yang kenyang... Hi,manusia2.. Boros amat... Dan satu lagi yang kita lihat lah.. Si gurl2 kalo pergi bazar... Fuh.... Makeup 3 inci macam tepung ghoma. High heel,short pant,singlet,jeans sendat.. Astagfirullahaladzim... Abes pahala puasa pak2 haji... Tak sempat buka,dah tebuka matanya.. Hihihi... Wahai sang hawa,tolonglah jaga pemakaian kamu.. Kamu kan islam.. Kan lebih cantik kalo bertutup semuanya. Takda la mengundang dosa dan mengakibatkan pahala orang kurang.. Boleh kan?? Awak dah besar kan.. Gud girl... Alhamdulillah.... Seperti yang kita tahu puasa itu wajib bagi yang tak uzur dan mampu. Inikan pula solat.. Lagilah wajib dik,tiang agama dan diri tu... Bila ditanya ko puasa tak?? Mestilah... Dah zuhur ni,jom solat... Ko pergilah dulu. Jenuh kita tunggu.. Bayang pun tak nampak.. Ada jugak cakap,aku puasa tak tinggal taw. Tapi solat ni memang susah la. Kena take time,kan dalam islam tak bole paksa.. Ini jawab dia.. Patutnya solat tu lebih diutamakan.. Terbalik la pulak... Memang kita kerap jumpa orang yang jenis puasa tapi tak solat,tapi jarang jumpa yang solat tapi tak puasa... Maknanya disini,bila anda puasa dan ditambah solat. Kan lebih afdal dan baik. Sebab solat itu mencegah anda dari tak puasa dan buat dosa.. Ayuh guys... Solat yuk.. Solat.... Inilah antara ragam2 yang dah menjadi adat,dan dah sebati pun bagi orang kita.. Kita ni islam,bulan ramadhan ni lah peluang kita programming dan format balik diri kita. Sebab apa?? Bulan lain tak bole ke bro?? Sebabnya ramadan adalah bulan seribu bulan. Bulan yang diturunkan kitab agung Allah iaitu AL-QURAN. Bulan pengampunan,penyucian dosa yang paling afdal,bulan yang diikat semua syaitan dan iblis laknatullah... Bulan yang mana kita bertarung one by one dengan nafsu kita... Tanpa ada ganguan atau bisikan syaitan juga iblis. Ni lah masa kita untuk rawat,renung,rombak diri kita. Janganlah lepaskan peluang ni ibu2,bapak,siapa yang punya anak... Ayuh jadikan diri anda islam yang sejati,bukan hanya pada nama. Tapi teguh luar dan dalam sebagai islam yang bertaqwa,beriman dan hamba kesayangan Allah.. Jodoh tidak akan datang bergolek,begitu juga iman.. Tiada ditepi pantai,tiada diwaris macam saka. Tidak juga dijual dibazar ramadhan. Tapi harus dicari oleh anda sendiri.. Insyallah.... *Perbezaan dua belon yang sama,satu ditiup pakai air liur,satu diisi gas hilium. Dua2 belon,tapi yang diisi gas bisa terbang keudara dan awan,yang ditiup air liur,tetap tertunduk dibumi bila dilepaskan. Begitu juga kita,hanya bercakap pakai air liur tak guna,tapi isilah gas hilium taqwa,amal pada diri kita. Agar bisa terbang disyurga tidak tertunduk diperut neraka.. Wallahualam.. Saya doakan Allah memberi hidayah dan rahmat pada saudara semua.. Bukan niat menuding jari,akan tetapi cuba jua membetul diri yang khilaf ini,maaf ku pohon,jika kata mengundang rasa amarah dihati.. Wasalam... Sekian karya saya. U Think,U Choose... 4.8.2011. 0231am... ^SEBARKAN KERNA ALLAH SWT,BUKAN KERNA KEUNTUNGAN DUNIA^.. Salam Ramadhan Al-Mubarak. Selamat menjalani ibadah puasa semua.. “Wahai orang-orang yang beriman, puasa itu telah diwajibkan ke atas kamu sebagaimana ia telah diwajibkan kepada umat-umat sebelum kamu, mudah- mudahan (dengan puasa itu) kamu bertaqwa. Iaitulah pada hari-hari yang ditetapkan. Barangsiapa dari kalangan kamu yang sakit atau bermusafir, maka gantilah puasa yang kamu tinggalkan itu pada hari- hari yang lain (di luar bulan Ramadhan). Dan wajiblah ke atas mereka yang tidak berdaya untuk berpuasa itu membayar fidyah iaitu memberi makan kepada seorang miskin. Maka barangsiapa yang melakukan kebaikan itu secara sukarela maka ia adalah suatu kebaikan bagi dirinya. Sesungguhnya berpuasa itu adalah lebih baik bagi kamu, jika kamu mengetahui” QS AL-BAQARAH 183-184... Daripada Abu Hurairah Radhiyallahu ‘Anhu, beliau berkata, Rasulullah SAW telah bersabda (Allah SWT berfirman: Setiap amalan anak Adam itu adalah untuknya kecuali puasa. Sesungguhnya ia adalah untuk-Ku dan Akulah yang memberikan balasan secara khusus untuknya. Puasa itu adalah perisai. Apabila ada di kalangan kamu yang berpuasa, maka janganlah berkata-kata yang keji dan janganlah kamu mudah menjadi berang. Jika kamu dicela oleh seseorang atau diajak bergaduh, maka katakanlah: sesungguhnya aku berpuasa. Demi (Tuhan) yang jiwa Muhammad itu ditanganNya, sesungguhnya bau mulut orang yang berpuasa itu adalah lebih elok di sisi Allah daripada bau kasturi. Bagi orang-orang yang berpuasa itu dua kegembiraan. Apabila beliau berbuka, maka beliau bergembira dengan berbukanya itu. Dan apabila beliau bertemu dengan Tuhannya, maka beliau gembira dengan puasanya). Muttafaq ‘Alayh dengan lafaz oleh Al-Bukhari.
Thursday, 4 August 2011
Subscribe to:
Posts (Atom)